Tuesday, June 2, 2009

ADAT BERTANDANG BERWAJAH SERI

Sidang panitia TANDANGSERI mengucapkan selamat bertandang ke laman maya kami. Kami muncul di layar maya ini sebagai bertandang minda untuk mencari hakikat kebenaran agar dapat menyerikan citra wawasan pemimpin negara yang bertunjangkan citarasa rakyat untuk menggapai mercu kejayaan '1Malaysia'.

Kami menghargai apa jua pandangan dan citarasa yang dinukilkan untuk dijadikan bahan rujukan ke arah memantapkan persada perjuangan yang merakyat untuk sebuah negara bangsa yang berdaulat lagi bermaruah.

Hendaknya janganlah wujud prasangka yang terlalu prejudis sehingga melupakan adab untuk bertandang ke dangau maya kami. Hargailah nilai ketelusan, lonjakkan suatu paradigma yang membina dan membangun fikrah sejagat.

Terima kasih - Wassalam.


Tandangseri.
2 Jun 2009.


1 comment:

  1. Salam perjuangan buat anda...

    Terima kasih kerana sudi melayari blog kami di UMNO Cawangan Gombak Selatan.

    Semoga perjuangan kita diberkati Allah..

    IKHLAS DARI,

    SHAMSURY MOHD SALLEH
    Ketua Penerangan UMNO merangkap Editor Blog
    UMNO CAWANGAN GOMBAK SELATAN
    BAHAGIAN WANGSA MAJU

    ReplyDelete